Sunday, October 3, 2010

~Mr & Mrs Right~

Tidak dinafikan semua orang mengidamkan pasangan yang ideal dan sempurna bagi mereka atau lebih dikenali sebagai Mr atau Mrs Right. Ciri-ciri Mr atau Mrs Right bagi setiap individu adalah berbeza mengikut citarasa masing-masing. Untuk mengenalpasti Mr atau Mrs Right kita adalah sangat mudah. Hanya memerlukan sebatang pen dan sehelai kertas. Senaraikan ciri-ciri pasangan yang kita kehendaki dan itulah Mr atau Mrs Right kita. Sekiranya diteliti senarai tersebut sudah semestinya mengandungi satu senarai yang panjang serta mengandungi ciri-ciri yang baik atau positif sahaja. Ini kerana semua manusia inginkan kesempurnaan. Manusia juga tidak pernah kenal erti puas. Persoalannya wujudkah mereka?
Pada pendapat aku, Mr atau Mrs Right ini tidak pernah wujud. Hanya sekadar ilusi. Ini kerana di dalam dunia ini tidak pernah terlahir manusia yang begitu sempurna dan tiada cacat cela walaupun sedikit. Sekiranya golongan manusia ini wujud maka tidak wujud pula ungkapan Manusia Serba Kekurangan. Sekiranya kita terus mencari dan mencari maka makin ramailah Andalusia dan Antelusia.

** Berilah seluruh masamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengaturkan perjalanan hidup kamu dengan sebaik-baiknya.
** Berilah seluruh kasih sayang dan cintamu kepada Allah, nescaya Allah akan temukan kamu dengan sebaik-baik pasangan.

No comments:

Post a Comment